17 pengkhianatan Umno kepada Melayu


Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

Rais tidak tahu apa itu email?


Zulkifli Sulong
Wed | Aug 19, 09 | 3:57:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Apakah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim tahu apa itu e-mail? Nampak soalan ini lucu untuk ditujukan kepada seorang yang dilantik sebagai menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi negara tetapi ini bukan lawak.

Ada pihak, termasuk dalam kerajaan dan Umno sendiri yang ragu-ragu apakah Rais tahu apa itu email dan lain-lain gadget komunikasi terkini.

Perkara ini berbangkit, apabila Rais dilaporkan bercadang untuk menapis internet di negara ini.

"While we're on the green dam, do you think Rais knows what email is? Forget FB (facebook), Twit (twitter), etc. Is he even 1.0? I think he kolot."

("Ketika kita semua berada di zaman empangan hijau, awak fikir Rais tahu ke apa itu email? Lupakan Facebook, twitter, dll. Adakah dia 1.0? Saya fikir dia kolot").

Siapakah yang membuat kenyataan di atas. Dia tidak lain dan tidak bukan dari Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar melalui twitter yang dihantarnya kepada seorang wartawan.

Mesej melalui Twitter ini dihantar Khairy pada jam 11.43 pagi 14 Ogos lepas kepada wartawan itu. Sesiapa yang mengikuti (following) kedua-dua pihak ini (Khairy dan wartawan berkenaan) melalui Twitter akan menerima mesej Khairy ini.

Rais dianggap terkebelakang apabila cuba menapis internet. Hatta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sendiri berfikir begitu.

Pentadbiran Dr Mahathir telah memperkenalkan Akta Multimedia melalui Multimedia Super Koridor (MSC) yang menjadi internet tidak akan ditapis.

Cadangan Rais dilihat cuba berselindung di sebalik usaha untuk menyekat pornografi. Matlamat sebenarnya adalah untuk menyekat pengaruh internet yang sudah berada di luar kawalan lesen kerajaan.

Ini kerana, ketika lesen akhbar di kawal oleh Kementerian Dalam Negeri, kementerian Rais mengawal lesen untuk stesen tv dan radio. Namun, internet bebas bergerak tanpa sebarang kawalan perlesenan dari kerajaan.

Ekoran cadangan ini, Rais dilihat cuba mengawal internet khasnya bloger dan laman web, sebagaimana akhbar dan tv dikawal.

Internet khasnya blogger dan laman web dianggap masalah utama komunikasi Barisan Nasional (BN) selepas kekalahan teruk mereka dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Untuk menghadapinya, ramai beranggap, BN perlu menyekat pengaruh ini dengan mengawalnya sebagaimana mereka mengawal akhbar dan tv.

Tetapi, Rais bukan sahaja akan berdepan dengan Pakatan Rakyat bahkan dalam Umno sendiri termasuk generasi seperti Khairy yang kini memimpin Pemuda Umno ini.

Agak pelik tetapi itulah hakikatnya seorang Menteri Umno yang menjaga Kementerian berkaitan Penerangan & Komunikasi tidak tahu email atau seorang yang buta penggunaan kemudahan-kemudahan dunia siber. Patutlah Jelebu ni agak tertinggal dek Ahli PArlimennya yang 'bongap' pasal IT.

Nik Aziz nafi hulur salam perpaduan Umno-PAS


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau ada menyebut mengenai soal perpaduan antara Umno dan PAS.

Dalam kenyataan rasminya kepada TVPAS pagi ini, beliau yang juga menteri besar Kelantan, menafikan perkara itu.

Malah, Nik Azia mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.

"Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun' kata Tok Guru dipejabatnya sambil mengibaratkan ia menunjukan sikap 'desperado' Umno 'yang gilakan PAS'.

"Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti," kata Nik Aziz lagi.

"Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato') Mustapha Mohamed," kata Nik Aziz sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, jumaat lalu.

Oleh itu, hari ini Nik Aziz hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media massa.

Sementara itu, ketika bercakap kepada media di Kota Bharu hari ini, beliau berkata, PAS tidak bercadang mengadakan hubungan peringkat 'parti dengan parti' sebagaimana di zaman Tun Abdul Razak "kerana kesan daripada hubungan itu masih terasa".

Laporan media

Sabtu lalu, pihak melaporkan bahawa Nik Abdul Aziz menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Beliau dipetik berkata, kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.

Sehubungan itu, laporan tersebut memetik menteri besar Kelantan itu berkata, beliau menyambut baik usaha kerajaan pusat yang akan mengadakan usahasama untuk menganjurkan Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Manakala Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dilaporkan menyambut baik kenyataan Nik Aziz itu.

Beliau dilaporkan berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub hari ini Muhyiddin telah memutarbelitkan kenyataan Nik Aziz berhubung kesediaannya melupakan sengketa dengan kerajaan pusat.

"Muhyiddin jangan putar belit. Yang tuan guru maksudkan, isu kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, bukan hubungan Umno-PAS.

"Yang dia hendak bawa dalam (mesyuarat) Majlis Tertinggi Umno apa perlunya?" soal Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Sebelum ini, isu kerajaan perpaduan antara PAS-UMNO menjadi isu panas dalam PAS serta di kalangan anggota Pakatan Rakyat.

Nik Aziz adalah antara pemimpin PAS yang menentang keras cadangan tersebut sehingga beliau menggesa Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang menyokong cadangan tersebut, supaya melepaskan jawatan dalam parti dan selaku ahli Parlimen Bachok.

Bagaimanapun, cadangan tersebut telah ditolak dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan.

Program Pimpinan Negeri Turun ke Jelebu

Foto ketika Program Pimpinan Negeri Turun ke Cabang Jelebu yang telah dilangsungkan dengan jayanya pada 21hb Jun 2009 lalu di Balai Rakyat PKR, Kg Petaseh, Batu 9 1/4, Simpang pertang, Jelebu.





NIK AZIZ VS NAJIB

Apabila NIK AZIZ menentang diadakan perbincangan KERAJAAN PERPADUAN di antara PAS dan UMNO, bermacam-macam cemuhan telah dilemparkan oleh setiap pemimpin UMNO. Boleh dikatakan hampir kesemua pemimpin di dalam UMNO berpendapat perbincangan mengenai kerajaan perpaduan yang dicadangkan harus diadakan demi ini dan demi itu. Kata-kata NIK AZIZ ada betulnya; “setelah sekian lama berbagai penyiksaan dan kezaliman telah dilakukan, kini mahu berbincang pula ....... lukanya sudah baik tetapi parutnya tetap kelihatan”.

Kenapa pula tidak dijawab, apabila NIK AZIZ mempelawa NAJIB untuk berdebat? Nampaknya UMNO berani apabila ramai tetapi takut apabila SATU LAWAN SATU. Kan bagus kalau Bos dengan Bos berdebat, sekelian rakyat Malaysia dapat menilaikan bukan hanya kepada tajuk debat tetapi juga kepada keperibadian dan penampilan Bos tersebut. Inilah masanya kedua-dua karakter tersebut berkempen melalui debat dan rakyat Malaysia sebagai pengundi juga dapat menjadi pengadil.

Mungkin salah satu stesen TV dapat mengadakan program DEBAT di antara pemimpin secara bersiri, ..... mulakan dengan tayangan sebulan sekali secara langsung. Rakyat juga ingin melihat kewibawaan wakil dan parti yang dipilih untuk menangani isu-isu atau tajuk-tajuk yang diajukan juga kepandaian atau kebodohan, kejujuran atau kepura-puraan, keikhlasan atau kemunafikkan, setiap calon pemimpin bila berdebat.

Berikut adalah contoh-contoh tajuk debat yang boleh diguna pakai dan pemimpin-pemimpin yang akan mengambil bahagian ;

1. Pembentukan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO. (Nik Aziz vs Najib)
2. Kenapa Altantunya dibunuh dan bukan siapa bunuh Altantunya. (Anwar vs Najib)
3. Islam di dalam PAS dan UMNO. (Hadi Awang vs Mahyuddin)
4. Gejala rasuah di Selangor. (Khalid vs Khir Toyo)
5. UMNO at Past, Present and Future. (Mahathir vs Abdullah Badawi)
6. Politik wang. (Khairy vs Ali Rastam)
7. Masa depan UMNO di Terengganu. (Mohd Said vs Idris Jusoh)
8. Politik di Perak. (Nizar vs Zambry)
9. Negeri Sembilan pada PRU 13. (Md Hassan vs Ibrahim Yusof)
dan seterusnya ..............................

Salam PKR kepada PAS dan moga-moga ramai lagi Nik Aziz dapat diwujudkan didalam PAS.

KES “LIWAT” ANWAR


Adalah dipercayai kes-kes seperti LIWAT menjadi perhatian dan minat pihak-pihak di UMNO. Rakyat Malaysia sudah muak dan bosan dengan isu-isu LIWAT ANWAR. Dengan mewujudkan isu-isu seperti ini jelas menunjukkan dan menggambarkan bahawa mereka-mereka di dalam UMNO bukanlah dari kalangan pemimpin. Tidak kelihatan langsung ‘KARISMA PEMIMPIN’. Cubalah gunakan isu-isu yang lebih professional !!!!!

Cuba kita analisa cerita liwat di antara Anwar dan Saiful. Terdapat banyak keraguan dan tanda tanya mengenai cerita yang dilemparkan oleh Saiful. Beliau kelihatan bangga diketahui umum walaupun mengenai DUBURnya yang diceroboh. Mungkin, pada beliau, inilah cara yang paling mudah dan murah untuk mendapat publisiti yang meluas. Malangnya, yang menyokong dan berpihak kepada beliau adalah hanya dikalangan UMNO sahaja (sama spesis), atau mungkin pada setiap pilihanraya kecil atau umum, punggungnya akan dijadikan oleh UMNO untuk menjadi tontonan para pengundi. Mungkin juga, sebab UMNO sudah tiada apa untuk ditunjukkan kepada para pengundi.

Daripada melakukan SUMPAH LAKNAT, adalah lebih baik Saiful melakukan TAUBAT NASUHAH. Seharusnya saluran agama digunakan untuk TUHAN dan bukan UMNO. Tidak perlulah bersumpah mengikut telunjuk UMNO bagi kepentingan politik. TUHAN maha mengetahui dan maha berkuasa. Tidakkah anda takut pada mahkamah akhirat ???

Yang paling mushkil adalah, kenapa membuat laporan polis selepas berjumpa dengan TPM? Adakah TPM ketika itu mempunyai portfolio tambahan, iaitu, Kementerian DUBUR? Kenapa tidak menentang atau bertumbuk dengan ANWAR ketika liwat dilakukan? Kenapa PKR yang menyebarkan laporan perubatan hospital Pusrawi dan bukan Saiful sendiri? Adakah seorang IMAM MASJID yang berpengetahuan dan fasih dalam bab halal dan haram, berbohong? ........................

SHI
PKR.N9 JELEBU

CERAMAH UMUM

Ceramah Umum
2hb Julai 2009 / Khamis
9.00 malam
Balai Rakyat PKR, Kg. Petaseh, Jelebu
Penceramah:

Dato' Zaid Ibrahim (bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri)


Dato' Kamarul Baharin Abbas (Ahli Parlimen Telok Kemang)


Ibrahim Yusof (Ketua Penerangan PKR Negeri Se
mbilan)

DIJEMPUT HADIR UNTUK PENJELASAN ISU TERKINI NEGARA!!!

SISTER – IN – ISLAM

Pada muktamar PAS baru-baru ini telah timbul satu usul untuk diambil tindakan terhadap pertubuhan ini disebabkan beberapa faktor. Di antara faktor-faktor yang ketara adalah mereka-mereka yang menganggotai pertubuhan ini tidak melambangkan nama pada pertubuhan itu sendiri.

Seharusnya, apabila menggunakan nama ISLAM, pemimpin-pemimpin pada pertubuhan itu mestilah daripada mereka-mereka yang arif dan faham mengenai ajaran Islam dan bukan daripada mereka-mereka yang mempunyai pertalian dengan pemimpin UMNO atau mereka-mereka yang hanya pandai bercakap atau berpidato sedangkan pengetahuan Islam mereka sangat cetek.

Penampilan pemimpin Sister-In-Islam sangat-sangat memalukan kerana tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya. Bercakap mengenai Islam, sedangkan diri sendiri tidak melambangkan Islam. Adakah tidak menutup AURAT melambangkan Islam? Sudah tentu pertubuhan ini mendapat sokongan UMNO disebabkan pemimpin-pemimpinnya, bermula daripada Perdana Menteri sendiri mempunyai isteri yang tidak tahu menutup AURAT dan seterusnya sehingga kepada kaum wanitanya.

Adalah lebih wajar sekiranya nama pada pertubuhan itu ditukar kepada Sister-In-Melayu. Perbedzaannya adalah Melayu berpegang kepada ADAT dan Islam berpegang kepada HUKUM. Kalau tidak mahu mengikut dan berpegang kepada HUKUM maka adalah dinasihat supaya tidak menggunakkan nama ISLAM, kerana ianya akan juga memalukan orang-orang ISLAM diMalaysia secara amnya.

Baru-baru ini UMNO berdiam diri sahaja apabila MCA menyatakan.......siapa PAS untuk memberi komen mengenai Sister-In-Islam, terutama sekali mengenai AURAT. Kenyataan MCA adalah tepat dan disokong dengan SYARAT dimasa yang sama, MCA juga harus menyatakan kepada UMNO, siapakah mereka (UMNO) untuk menghalang orang-orang Melayu atau Islam daripada berjudi diGenting.

Sekiranya UMNO tidak tahu dan faham mengenai ajaran agama ISLAM, adalah wajib bagi Majlis Agama, Majlis Fatwa, Mufti-Mufti dan yang lain-lain yang ARIF mengenai ISLAM memberi fahaman mengenai Hukum berjudi dan Hukum tidak tutup AURAT.


SHI
PKR.N9 JELEBU

Ahli Gerakan lebih menyakini PKR.





Hampir 200 orang ahli Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) Simpang Durian, Jelebu telah menyertai PKR baru-baru ini. Penyerahan borang permohonan keanggotaan PKR oleh ahli-ahli Gerakan terbabit telah dilangsungkan pada Majlis Pimpinan Negeri turun ke Cabang pada 21hb Jun 2009 lepas di Balai Rakyat PKR, Petaseh, Jelebu.

Pada majlis tersebut, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sembilan, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas telah berkenan menerima borang permohonan keanggotaan daripada wakil ahli Gerakan Simpang Durian, saudara Man Tin Chai.

Lebih 100 orang yang terdiri daripada Jawatankuasa PKR Jelebu, penyokong dan penduduk sekitar Petaseh telah hadir menjayakan majlis ini.

Kemasukan ahli-ahli Gerakan ini telah membayangkan bahawa mereka lebih menyakini perjuangan PKR dalam memperjuangkan hak-hak rakyat. Ia juga memberi satu petanda yang kuat bahawa PKR bakal menguasai dan memenangi PRU akan datang.

UMNO MASUK PERANGKAP PAS

Cadangan Parti PAS untuk mewujudkan sebuah kerajaan perpaduan telah mengakibatkan UMNO terperangkap didalam menyahut cadangan tersebut. Kita dapat lihat betapa ghairahnya pemimpin didalam UMNO yang menerima cadangan itu dan meminta supaya perbincangan dapat diadakan dengan kadar segera. Persoalannya, kenapa terima cadangan tersebut tanpa mengadakan perbincangan di antara parti di dalam Barisan Nasional?

Pertama : Ini jelas menunjukkan bahawa perjuangan UMNO hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira pendapat dan pandangan sesama mereka di dalam Barisan Nasional.

Kedua : UMNO sanggup buat apa sahaja untuk meraih sokongan dan kerjasama dengan PAS disebabkan mereka sedar bahawa masyarakat Melayu tidak lagi menyokong UMNO. Orang Melayu melalui PRU12, tidak lagi mempercayai UMNO, malahan mereka sudah benci, muak dan jijik dengan apa yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri.

Ketiga : Oleh kerana KEMARUK sangat hendak sokongan dari PAS, UMNO telah dibodohkan dengan cadangan yang dikemukakan yang dengan jelas menyatakan “KERAJAAN PERPADUAN”. Bukankah selama ini semenjak merdeka, Kerajaan Malaysia adalah kerajaan perpaduan yang terdiri daripada berbilang kaum. Adakah UMNO mempunyai AGENDA yang lain dengan cadangan yang dikemukakan oleh PAS?

Keempat : Sebabnya PAS tidak mahu meneruskan cadangan tersebut adalah disebabkan UMNO telah memutarbelitkan cadangan tersebut dan terkeluar dari landasan cadangan tersebut. Perbezaannya ketara di antara “Kerajaan Perpaduan” dengan “Perpaduan Melayu”. Yang dimaksudkan oleh PAS adalah kerajaan perpaduan dan bukannya perpaduan Melayu. Orang-orang Melayu di dalam PAS bersatu dan bukan UMNO yang senantiasa bergolak disebabkan perebutan nama, pangkat, kuasa dan kekayaan termasuk kepentingan sendiri.

Kelima : UMNO sedar bahawa ia termasuk Barisan Nasional sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat Malaysia. Jalan yang mudah bagi mereka untuk terus memerintah adalah menjadi “BATU API” didalam Pakatan Rakyat. Mereka bersungguh untuk memastikan Pakatan Rakyat berpecah dan ini adalah kepakaran mereka, setelah mereka berjaya memecah belahkan parti-parti di dalam Barisan Nasional.

Keenam : UMNO adalah Munafik atau Syaitan yang berpura-pura hendak berkerjasama dengan PAS, sedangkan dasar perjuangan PAS yang mahu menegakkan Syiar Islam iaitu mewujudkan Kerajaan Islam dan berpegang kepada Hukum Hudud telah ditolak oleh UMNO. (hukum HUDUD adalah hukum ALQURAN.....menolak HUDUD sama ertinya menolak ALQURAN).

RUMUSAN : BERKORBAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA........KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN........MASIH BELUM TERLAMBAT BAGI UMNO UNTUK BERTAUBAT DAN INSAF.

SHI
PKR.N9 JELEBU

RAIS YATIM-Jangan Mengukur Orang Lain Seperti Diri Sendiri.

Coretan kali ini menyentuh ungkapan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian, Dato’ Seri Rais Yatim yang berbunyi “seseorang yang berpangkat dalam organisasi masing-masing takut hilang pangkatnya, ini sebenarnya yang ditakuti oleh mereka”. Beliau mengulas demikian ketika mengkritik Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang menolak konsep ‘Kerajaan Perpaduan-Umno PAS’ seperti yang hangat dibincangkan sekarang.


Teringat saya akan pantun dua kerat warisan kesenian dan kebudayaan kita;

‘Mengata dulang paku serpih,

Mengata orang dia yang lebih…’


Adapun perilaku Dato’ Seri Rais ini adalah mirip sangat dengan pantun di atas. Betapa tidaknya, dahulu dalam Semangat 46 sekonyong-konyong dia “MEMBAKAR JAMBATAN” takut ‘hilang pengikutnya’ kerana ‘ombak’ semangat untuk menjatuhkan Dr. Mahathir pada waktu itu amat ketara sekali.


Tiba-tiba Semangat 46 kalah, dia ‘rujuk’ semula ke ribaan Dr. Mahathir juga kerana ‘gilakan’ pangkatnya. Dia ketika itu melupakan ‘jambatan yang dibakarnya’. Tatkala umat Melayu berpecah ketika itu, dia menjadi juara untuk menghancur-leburkan lagi umat Melayu. Dan saya tidak faham sebenarnya dengan sikap Dato’ Seri Rais ini.


Adakah dia cuba menunjukkan kepada seluruh rakyat di Malaysia bahawa rakyat telah lupa ini semua atau dia sendiri yang sudah TERLALU TUA dan SANGAT PELUPA!!!


Dalam situasi sebegini, pesan orang tua-tua dahulu-‘cerminlah diri dulu’ dan ‘jangan mengukur orang lain seperti diri sendiri’. Kalau Dato’ Nik Aziz dikenali sebagai seorang pemimpin yang zuhud dan konsisten dalam prinsipnya-janganlah pula Dato’ Seri Rais cemburu kerana dia tidak mempunyai ‘kareaktor’ sedemikian. Lebih tidak molek lagi jika dia cuba pula memberi nasihat. Ianya ibarat ‘menyelam teras terendam’. Dia sangkakan kayu yang terendam di air itu lembut TETAPI terhantuk kepala berdarah kerana ianya keras.


Sesungguhnya ‘perpaduan’ itu datang daripada suku kata ‘PADU’, ertinya kuat, ampuh atau tidak boleh diganggu gugat. Sekiranya ‘kerajaan perpaduan’ yang diinginkan oleh Rais dan Najib serta pemimpin Umno lain itu bertentangan dengan maksud dan hakikat istilah itu sendiri tentulah ianya ditentang oleh pemimpin warak seperti Dato’ Nik Aziz! Betapa tidaknya konsep kerajaan perpaduan Umno PAS itu mengguris MCA, melukakan MIC dan mencederakan Gerakan.


Lagi pun jika kita hendak ‘bersatu’ umpama orang hendak berkahwin-kena lihat dahulu agamanya, akhlaknya, keluarganya. Kalau orang nak dipinang kata Dato’ Seri Najib kena risik-risik dulu. Soalnya, mungkin Tok Guru Nik Aziz dah risik pihak yang hendak dijodohkan ini-agamanya rosak, akhlaknya buruk, keluarganya nanar. Lepas tu sebelah keluarganya seperti Pak MCA, Pak MIC, Pak Gerakan tak setuju. Jadi macam mana nak bersatu dan berpadu???


Lagi pun Rais dan Najib tak perasan ke yang sebenarnya konsep itu bertentangan sama sekali dengan angan-angan Satu Malaysia yang dilaung-laungkannya itu. Itu pasallah Dato’ Nik Aziz berpendirian begitu.


Jadi, kalau nak jadi pemimpin kenalah pimpin rakyat dengan jelas dan terang. Visinya jangan keliru. Kalau Satu Malaysia maknanya mesti ambil kira semua kaum dan pihak di negara ini. Kalau sistem Satu Malaysia mesti seragam aturannya baik mahkamahnya, polisnya, keadilannya, media massanya, amalan politiknya dan sebagainya.


Jangan jadi Satu Malaysia berat sebelah. TV, media dan peruntukkannya-untuk Umno lain untuk rakyat Malaysia lain. Perpaduan untuk Malaysia lain, kaum lain berbeza pula. Islam BN lain, Islam PAS lain-seperti yang digambarkan oleh media milik BN! Ini bukan perpaduan, ini mengundang kemarahan rakyat seperti mana berlaku di Perak.


Justeru itu, Nik Aziz mungkin telah tahu hukum di antara HARUS, HARAM dan HALAL, sedangkan Dato’ Seri Rais hanya tahu ‘the art of possiblelity’ bergurukan Michilevelli menghalalkan cara mencapai matlamat. Atau agaknya dia hanya menghafal pantun ini;

Kalau mencari tempat mandi,

Pertama teluk kedua pantai,

Kalau mencari calon menteri,

Pertama elok kedua pandai…

Atau dia terlupa pantun ini!?

Terahum tera jana,

Lagu Hindustan tidak tahu,

Pertama jalan terkena,

Kedua jalan tahu…


HIDUP RAKYAT!

Dari Meja Setiausaha Bahagian

Pada 3hb Jun 2009 lalu yakni Rabu jam 9.00 malam, telah dijalankan Mesyuarat AJK Bahagian Jelebu bertempat di Pejabat Bahagian Jelebu, Simpang Pertang.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Naib Ketua AMK Negeri, saudara Tang Jayson. Pada mesyuarat tersebut juga, Ketua Bahagian saudara Ibrahim Yusof telah menyerahkan bendera Parti untuk kegunaan Bahagian Jelebu.

PKR Jelebu menyeru Anak-anak Jelebu di luar daerah menjadi ahli PKR

Ketua Bahagian Jelebu menyeru ramai anak-anak Jelebu yang berhijrah ke bandar-bandar dan sebahagian besar kini telah berjaya membina kerjaya dan keluarga masing-masing supaya menyumbang buah fikiran, tenaga atau apa sahaja yang mereka miliki untuk membawa perubahan kepada kampung halaman mereka.

Ramai dikalangan anak-anak Jelebu yang berhijrah mempunyai kepakarn tertentu serta mempunyai pandangan tersendiri terhadap kampung halaman mereka. Impian mereka ini boleh diterjemahkan melalui PKR Bahagian Jelebu yang kini secara terbuka mempelawa sesiapa sahaja yang mempunyai idea-idea yang bernas dan membina demi kemajuan rakyat.

Dengan itu, PKR Jelebu menyarankan supaya mereka yang berminat menghubungi Ketua Bahagian, saudara Ibrahim Yusof melalui email: ibrahimyusof60@gmail.com / pkr.jelebu@gmail.com atau Setiausaha Bahagian, saudara Muazzam Idris (012-260 0651)

Al-Kesah Sebuah Ceritera

dipetik kutip daripada tukartiub.blogspot.com

AL-KESAH HIKAYAT INDERA PUTERA

oleh Hishamuddin Rais

Adalah mengikut cerita sahibul hikayat pada satu ketika dahulu kala bilamana matahari belum sepanas hari ini. Bilamana siang amat panjang dam malam amatlah gelap. Ketika inilah hikayat kita ini berceritera.

Pada suatu hari hujan yang maha lebat telah turun. Petir sabung menyabung. Datuk Seri dan Mak Seri - berpayungkan daun pisang – sedang cuba mencari-cari tempat untuk berteduh. Datuk Seri temengah-mengah berjalan. Mak Seri perlahan-lahan mengheret badannya seperti saekor pinguin. Setiap kali Mak Seri menapak kedengaran guruh berbunyi dan bumi berkocak.

Akhirmya mereka sampailah ke satu kawasan yang amat permai dengan tasik yang maha luas. Sebuah istana tersergam indah tetapi tidak kelihatan seorang manusia pun. Di tepi istana ada sebuah rumah dua tingkat berdiri anggkuh sebagai pusat kawalan.

Apabila Mak Seri ternampak rumah ini maka dengan cepat Mak Seri membuangkan payung daun pisangnya dan terus menaiki tangga rumah. Dengan perlahan-lahan Mak Seri membuka pintu. Mak Seri terpaksa mengerengkan badan untuk meluluskan diri masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja Mak Seri sampai ke tengah rumah – rumah ini mula bergegar dan akhirmya runtuh rantah.

Mak Seri tersembab jatuh. Bumi yang tidak tahan menerima berat badan Mak Seri mula bergocak. Istana bergegar sama dan akhirya runtuh. Tidak di sangka-sangka gegaran menjadi gempa. Goncangan dari kejatuhan badan Mak Seri ini telah memecahkan tebing tasek. Maka ditakdirkan tasek yang maha luas ini pun pecahalah. Air pun berbuih-buihlah mengombak keluar. Maka saentero bumi pun mula di tenggelami air.

Maka banyaklah binatang dilanggar air. Semua lintang pukang ingin menyelamatkan diri. Halilintar bergema memecah bumi. Para dinosaur bergegak gempita cuba menyelamatkan diri. Ada yang hanyut. Ada yang terapung. Ada yang tenggelam. Yang terapung menjadi cicak. Yang tenggelam menjadi buaya. Yang selamat menemui daratan merangkak hingga ke Melaka untuk menjadi buaya darat yang suka memakan kanak-kanak perempuan.

Ketika bumi tenggelam rupa-rupa nya Datuk Seri telah menjadikan badan Mak Seri sebagai pelampong. Setelah lama terapong, pada satu hari yang maha panas pelampong Datuk Seri telah tersangkut di sebatang kayu. Hari demi hari semakin banyak kayu dan sampah sarap tersangkut di pelambong. Bila air mula kering maka muncul tanah daratan yang menjadi benua dan gunung. Ada tanah yang menjadi pulau.

Pelampong Datuk Seri ini telah membukit kini kering untuk menjadi sebuah pulau yang kemudianya dipanggil pulau Putera Indera. Maka Datuk Seri pun turunlah dari pelampongnya dan terus membuka negeri di Putera Indera. Demikian seadanya mengikut kesah sahibul hikayat bermulanya akan asal usul terjadinya kesah hikayat kita ini.

Seribu tahun kemudian di Pulau Putra Indera pada tahun 3089 al-kesah ini disambung lagi.

Datuk Seri Menggeliga sedang sedang duduk termenong memikirkan masaalah yang sedang dihadapinya. Dia menggaru kepala. Tiga helai rambutnya tercabut. Dia menggaru-garu lagi tiga helai lagi rambutnya tercabut. Dia sedang berhadapan dengan satu pilihan – nak bersabung atau tidak bersabung.

‘Cam na ni Datok.. ayam kita nak masuk gelanggang atau tidak’ suara Tun Bodek pembantu setia yang selalu menasehati Datuk Seri Menggeliga. Datuk Seri buat buat tidak dengar. Telah lima kali ayam sabungnya kalah. Pelbagai cara telah dilakukan oleh Tun Bodek untuk memastikan ayam sabung Datuk Seri menang.

Datuk Seri pernah mengarahkan Setia Perwira Rangga tuan punya gelanggang untuk mengalih gelangang - mencari tempat basah agar ayam sabung seterunya akan kuyup. Ini juga gagal. Kemudian Setia Perwira Rangga telah dua kali menaburkan racun di kawasan gelanggang. Ini juga gagal.

Kerana semua ini gagal Setia Perwira Rangga telah diperintahkan oleh Datuk Seri untuk menetapkan tidak lebih dari lima ribu orang sahaja yang boleh datang untuk menonton pesta sabung ayam ini. Mengikut pandangan dan nasehat Tun Bodek jika tidak ramai orang yang datang melihat sabung maka semangat ayam dari seteru Datuk Seri akan berkurangan.

Musuh ketat ayam sabung Datuk Seri ialah orang kampong yang bernama Tok Rayat. Tok Rayat ini ada memiliki ayam sabung yang cukup hebat. Mengikut kesahnya ayam sabung Tok Rayat ini datangnya dari baka ayam piliharaan orang asli Hulu Semantan. Ayam orang asli ini dikatakan hasil dari kacokan helang batu dengan ayam denak. Hingga ke hari ini tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkan ayam sabung Tok Rayat.

Datuk Seri terus berfikir. Dia sedar akan tradisi rakyat Putera Indera – sesiapa yang telah kalah sabung lebih dari tujuh kali maka orang ini akan di hanyutkan ke dalam sungai. Datuk Seri tak sanggup lemas tenggelam. Datuk Seri risau kalau dia kalah lagi maka semua penyokongnya akan melarikan diri. Mereka tidak akan sama-sama bersorak di gelanggang untuk menyokong ayam sabung Datuk Seri.

Pening kepala Datuk Seri. Dia wajib memberi jawapan secepat mungkin sama ada hendak menyabung atau tidak. Datu Seri menggaru kepala lagi. Tidak ada lagi rambut yang sanggup gugur. Kali ini yang gugur hanyalah kelimomor yang telah lama bersarang di kepalanya.

Datuk Seri sedar dia telah merancang dan membuat pelbagai onar agar ayam Tok Rayat dapat dikalahkan. Kali ini dia telah putus akal. Telah lima kali dia kalah. Jika dua lagi dia kalah maka sohehlah dia akan dihanyutkan.

Ada satu pekara yang amat-amat menyakitkan hati Datuk Seri ialah dari hari ke jam, dari jam ke minit - semakin ramai orang datang bersorak dan bertaruh. Sabung belum bermula orang ramai telah bertaruh. Tetapi orang ramai ini semuanya meramalkan yang ayamnya akan kalah. Cukup perit hati Datuk Seri. Malah Datuk Seri telah mendapat tahu dari Tok Bodek bahawa ramai wartawan dan majalah dari luar negara termasuk ESPN Sport Channnel telah meramalkan yang ayam sabung Datuk Seri akan mengelupur kena taji oleh ayam Tok Rayat.

Satu ketika dahulu Datuk Seri Menggeliga telah memberi alasan bahawa yang menjaga reban ayam sabung adalah Datuk Seri Paduka Tido. Datuk Seri Paduka Tido ini amat senang dipersalahkan kerana dia amat jarang turun ke gelanggang. Setiap hari kerjanya hanya bergolek di atas pangkin mengira semut di tepi busut. Sekarang Datuk Seri Paduka Tido telah hanyutkan maka adalah menjadi tugas Datuk Seri sendiri untuk menjaga ayam sabung di gelanggang.

Dalam hati kecil Datuk Seri telah berkata bahawa kalah sabung ini mungkin cerita biasa tetapi ada satu lagi pekara yang amat-amat di takuti oleh Datuk Seri. Macam Pak Pandir yang menyimpan rashia takut apabila mendengar Mak Andeh menyanyikan pantun Tok Tok Kai Serondong Batang , Datuk Seri ada satu rashia yang amat-amat ditakutinya.

Bayangkan – setiap kali diadakan pesta sabung ayam maka seluruh rakyat Putera Indera akan datang. Dalam pesta ini pasti ramai orang datang berjaja dan berjual. Keramaian seperti ini memang dinanti-nantikan oleh rakyat. Datuk Seri tahu ketika berpesta seperti ini besar kemungkinan rashianya akan terbocor.

Datuk Seri takut bila behadapan dengan orang ramai – entah-entah rahsianya akan bocor. Tetapi Datuk Seri sedar bahawa hanya dua orang sahaja yang tahu rahsia dirinya. Dua orang ini – Datuk Baginda dan Dol Air Batu. Datuk Baginda ini pada satu ketika dahulu amat dipercayai oleh Datuk Seri. Tetapi , walau pun dipercayai, ada kemungkinan Datuk Baginda ini telah memberi tahu isterinya tentang rahsia Datuk Seri Menggeliga.

Untuk memastikan yang rahsia Datuk Seri ini terselamat, pada satu malan yang gelap gelita Datuk Baginda dan anak bininya telah dihanyut ke dalam sungai. Lalu tugas Datuk Baginda ini telah diambil oleh Tun Bodek. Hingga ke saat hikayat ini ditulis Datuk Seri amat senang kerana Tun Bodek ini dari hari ke hari semakin jelas menunjukkan kesetiaan kepadanya.

Tetapi bagaimana Datuk Seri akan dapat menutup mulut Dol Air Batu? Siapakah sebenarnya Dol Air Batu yang menakutkan Datuk Seri ini ?

Sebenarnya Dol Air Batu ini tidak pernah bertegur sapa dengan Datuk Seri. Dia hanya peniaga kecil yang berbasikal ke hulu ke hilar sekeliling kampong berjaja. Setiap kali jika ada pesta menyabung ayam maka Dol Air Batu ini akan membesarkan sedikit perniagaan. Dia akan ke bandar untuk membeli air batu kerana dia tahu ketika pesta sabung menyabung orang yang bersorak sorak akan dahaga - air batu sirapnya akan laris. Pada pesta yang lepas Dol Air Batu telah membeli loceng untuk digoyangkan agar bunyi kling kling loceng akan menarik perhatian bakal pelanggan.

Di pesta menyabung yang terakhir inilah Datuk Seri telah terdengar lonceng Dol Air Batu. Datuk Seri ternampak orang berkumpul mengelilingi basikal Dol Air Batu. Apabila Datuk Seri merapati basikal Dol Air Batu, dia tergamam dan hampir jatuh pengsan. Datuk Seri macam tidak percaya apa yang terkeluar dari mulut Dol Air Batu.

Sambil mengoyangkan locengnaya Dol Air batu telah melaungkan ‘ ais skrim baru.. ais krim mangnolia.. ais krim magnolia…air skrim mongolia…’ Ketika itu dengan serta merta badan Datuk Seri mengigil dan mukanya menjadi pucat. Datuk Seri berfikir apakah Dol Air Batu tahu rahsianya. Dia hampir jatuh pengsan. Nasib baik Tun Bodek cepat datang membantu.

‘Cam mana ni Datuk… orang ramai sedang menanti… tim kita masuk gelanggang atau tidak…’ Suara Tun Bodek kedengaran lagi. Bila mendengar suara ini Datuk Seri tersentak dari ngelamun. Dia bangun dari kerusi dan tercegat berdiri lalu berkata:

‘ Tidak … kita tidak masuk melawan kali ini…nanti ada orang jual ais skrim dari magnolia pula’. Tun Bodek kehairanan. Dia tidak faham apa maksud dari cakap Datuk Seri. Sebagai seorang Tun Bodek yang setia walau pun tidak faham tetapi dia berlagak seperti faham.

Esoknya Tun Bodek memberi tahu Setia Perwira Rangga yang tim sabung Datuk Seri tidak akan masuk melawan di gelanggang. Langkah cergas yang diambil oleh Tun Bodek ialah mengharam Dol Air Batu dari menjaja ais krim Magnolia di Putera Indera. Semuanya atas arahan Datuk Seri Menggeliga. (TT)

PKR Jelebu kembali mengukuh!

Setelah sekian lama suara dan pergerakan mendap terkekang, PKR Jelebu kini kembali mengukuhkan kedudukannya di daerah ini.

Pada 17 April 2009 lalu, satu mesyuarat khas PKR Bahagian Jelebu telah dijalankan yang dikendali oleh Ketua AMK Negeri, saudara Halim A. Aziz. Dalam mesyuarat tersebut, Ketua Penerangan PKR Negeri, saudara Ibrahim Yusof telah dipilih sebagai Ketua Bahagian. Mesyuarat itu juga telah memilih ahli jawatankuasa Bahagian yang terdiri daripada;

Ketua : Ibrahim Yusof
-Timbalan Ketua: Syed Hussain Syed Idrus
-Naib 2: Anathan RR Chandran
-Ketua Wanita: Puan Noriah Nordin
-Ketua AMK: Nazri Muhammad Noor
-Setiausaha: Muhazam Shah Idris
-Bendahari: Mohd Yusoff Salleh
-AJK: Mohd Shahril Zakaria
-AJK: Amad Ali
-AMK: Mukhtar Yusof
-AJK: Bukhari Abd Latif
-AJK: Ahmad Penawar Dak


Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh saudara Sabaruddin Mohd Yassim selaku Setiausaha Perhubungan PKR Negeri Sembilan.

Melalui pengukuhan struktur Bahagian Jelebu ini, pelbagai program kemasyarakatan dan sosial disamping program penerangan politik telah dirangka dan akan dilancarkan pada Mei 2009 ini. Pengukuhan ini secara jelas memberi isyarat penting PKR Jelebu telah bersedia mengemudi Pakatan Rakyat Negeri Sembilan untuk menawan Negeri Sembilan pada PRU ke 13 akan datang khususnya di Parlimen Jelebu.

RAIS YATIM JANGAN JADI SI KITUL!!!

Semua orang politik tahu siapa Rais Yatim. Orang juga tahu tujuan "Si Pembakar Jambatan" ini bercakap. Apabila nak bertanding Naib Presiden, dia mula meracau!

Orang tahu anak Minangkabau ini kalau tersepit dia terkeluar, bila terhimpit dia ke atas.Tapi ini falsafah lama. Politik lama-orang dah tak pakai. sekarang orang pakai politik baru. Soal politik lain cakap, lain buat dah basi. Agaknya dia nak jadi PEMBAKAR KAMPUNG pula. Kalau dah bakar jambatan, sekarang dia nak bakar hutan atau bakar kampung. Pepatah Arab kata "kalau nak terkenal, kencingkan perigi zam-zam." Inilah kerja si Rais!

Elok kita peringatkan dia ini. Jagalah Kementerian Luar tu elok-elok. Jawab dulu apa yang akhbar "Liberation" dari Perancis dakwa Malaysia. Akhbar tu tulis tentang berita Dato' Seri Najib makan malam di Paris dengan mendiang Altantuya!

Ini maruah Malaysia. Menteri Luar kena jawab. Kena jaga nama baik negara. Lebih-lebih lagi nama yang didakwa tu bakal Perdana Menteri!!!

Janganlah Rais sibuk-sibuk nak lagakan rakyat Malaysia-kononnya PR nak hapuskan kuasa Raja. PR nak raja kita raja kepada orang Malaysia, raja kepada orang Cina, raja kepada orang India dan lain-lain kaum di Malaysia.

Jangan sempitkan konsep Raja kita. Jangan jadi Si Kitul. Cukuplah sejarah Melaka yang rosak kerana pembesar-pembesar yang bodoh macam Rais! Kalau raja sebagai lambang kedaulatan orang Melayu, kenalah jaga kedaulatannya di kalangan bangsa asing. Janganlah jadi PEMBODEK yang umpama "gula...manis tapi bawa penyakit. Biar pahit tapi jadi ubat." Ingatlah kata-kata dalam Sejarah Melayu, "Raja adil, Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah!".

Rais kalau nak menang Naib Presiden, carilah idea lain. Carilah jalan supaya Umno mendapat kepercayaan semula. Ada intergriti. Lepaskan daripada amalan politik wang. Kenapa tak cakap pasal politik wang? TAKUT???

Sebab di Jelebu, masa pemilihan bahagian pun 'berselumat' dengan politik wang agaknya. Jadi janganlah 'kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi'.

Rais jangan jaga 'lopak' orang. Kerja Menteri Dalam Negeri atau Menteri Undang-undang jangan campur. Kalau tak ada modal nak bercakap, JANGAN BERCAKAP! Duduk diam-diam. Orang tua jangan buat ragam, orang tua menahan ragam. Ikutlah cara bos lama tu-Tengku Razaleigh Hamzah. Janganlah menyelam teras terendam, takut-takut berdarah kepala nanti!

Kalau mencari tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Ketiga pergi ke pantai landai...

Kalau mencari calon menteri,
Pertama elok kedua pandai,
Tapi janganlah memandai-mandai...


BIRO PENERANGAN
PKR NEGERI SEMBILAN

BERANIKAH UMNO BERUBAH?


United Malays National Organisation telah berusia 63 tahun, maknanya usia sebegini sudah boleh dianggap sebagai tua. Maaf dikata angka itu menyamai usia Rasullah SAW wafat.

Namun begitu, apakah dalam tempoh usia ini United Malays National Organisation sudah matang, berfikiran terbuka dan mampu menerima perubahan mengikut masa?

Harus diakui memang United Malays National Organisation ini sudah matang dalam mentadbir kerajaan dan tunggang langgang politik negara tetapi bentuk kematangannnya itu terlalu kotor untuk dijadikan contoh ikutan yang baik.

Mungkin Allahyarham Dato' Onn Jaafar telah mendapat ilham tuhan atau visi berkenaan masa depan suasana politik negara ini. Oleh kerana itu agaknya, beliau telah menyarankan dan mencadangkan supaya keahlian parti ini dibuka kepada semua kaum. Tujuannya mudah untuk menyatukan semua rakyat berbilang kaum dalam satu parti.

Akan tetapi cadangan yang baik itu dipandang serong oleh kebanyakan politikus-politikus United Malays National Organisation kerana bimbang akan lenyaplah ketuanan Melayu kerana ada parti bercampur kaum itu. Maka berterusanlah suasana politik perkauman itu sehingga 2008.

Pilhanraya Umum 8 Mac 2008 menjadi titik perubahan besar yang digelar sebagai "Tsunami Politik Malaysia" rakyat secara sedar telah menolak politik perkauman anutan United Malays National Organisation dan gerombolan-gerombolannya (MCA, MIC, Gerakan & PPP). Hasil perubahan itu, wujudlah kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang. Penolakan itu bukan kecil tetapi luas sehingga berjaya menafikan suara dua pertiga BN dalam DUN.

Rakyat kini sedar dan tidak lagi terpengaruh dengan dakyah palsu BN. Lagi hebat pemesongan berita dan maklumat oleh media kawalan BN, maka lagi hebatlah gerakan penolakan rakyat.

Persoalannya, mampukah United Malays National Organisation untuk berubah? Laungan-laungan politikus-politikus dalam parti ini seumpama retorik semata-mata, tetapi tabiat buruk macam sukar dikikiskan.

Seharusnya, United Malays National Organisation perlu ditukar menjadi United Malaysian National Organisation sebagai permulaan perubahan itu.

Gelagat pendukung-pendukung United Malays National Organisation sejak akhir-akhir ini tidak langsung mencerminkan keimanan, ketenangan dan kebijaksanaan yang sempurna. Hanya kebodohan, kepura-puraan dan kebijaksanaan jahat yang dipertontonkan kepada rakyat.

Kau rampas, kau curi sebuah kerajaan yang sah...kau cakap betul. Kau berlindung dibelakang Raja-raja, kononya kau direstui.

Kau tuduh yang hak sebagai penderhaka raja, sedangkan kau pencuri nyata.

Kau guna retorika Melayu, walhal kau lupa kau sakiti Melayu.

Raja hilang kebal, kerana UMNO.
Tanah orang Melayu tergadai, kerana UMNO.

Polis akan siasat 28 Adun Pakatan

Polis akan menyiasat kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak, termasuk Speaker DUN V Sivakumar, berhubung persidangan tergempar bawah pokok kelmarin.
perak state govt crisis state adun assemble under the rain tree 030309Ketua Polis Perak Datuk Zulkeflil Abdullah berkata mereka semua, termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, akan dipanggil atas dakwaan berhimpun secara haram, lapor Sin Chew Daily.

Dalam sidang tergempar itu yang diadakan di tempat letak kenderaan tidak jauh daripada bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), mereka meluluskan tiga usul, termasuk membubarkan dewan.

Lihatlah betapa bodohnya polis menjadi tunggangan BN...apakah yang telah terjadi dengan kekebalan Dewan Undangan Negeri dan speaker DUN?

Apakah BN telah lupa Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak boleh didakwa oleh mahkamah?

Apakah BN telah buta perlembagaan dan undang-undang bahawa Speaker Dewan berkuasa mengadakan sidang tergempar tanpa perkenan Sultan kerana sidang sebelum ini ditangguhkan?

Kubu Umno Jelebu Bakal Runtuh???

Senario politik tanah air ketika ini sedang tertumpu di negeri Perak dan Selangor termasuk di Kedah. Krisis politik di Perak kian menarik dan lebih sensasi dengan kemunculan episod-episod baru yang dihiasi plot-plot mengejutkan.

Begitu juga di Selangor episod serangan-serangan politik hingga menyentuh kehidupan peribadi menakluki ruang utama media kawalan BN. Khir Toyo dengan megah angkuh menyerang MB Tan Sri Khalid Ibrahim berkenaan isu sumbangan lembu korban Aidiladha dan kereta Nexus. Namun, ramai sudah mengetahui serangan bekas MB Selangor yang gila bayang itu hanya hendak menunjukkan kredibiliti kepada ahli-ahli Umno yang beliau adalah calon paling sesuai memegang tampuk Ketua Pemuda Umno.

Saya fikir cara politik Khir Toyo ini masih terperap dan ketinggalan. Cara beliau berhujah dan menterjemahkan isu-isu politik seperti 20 tahun dulu. Orang kampung yang hari-hari tengok berita atau menerima input daripada TV3, RTM, Utusan Melayu dan Berita Harian sahaja yang mungkin terpengaruh dengan dakyah merapu Khir Toyo.

Usahlah kita bercerita akan manusia putar alam ini. Dalam sibuk BN menyerang negeri-negeri Pakatan Rakyat, nampaknya pentadbir-pentadbir Umno telah lupa pada suasana politik di Negeri Sembilan. Walaupun Jelebu ini dianggap lubuk kekuatan BN khususnya Umno, jangan lupa kebangkitan masyarakat di sini juga telah membuak. Mereka juga sudah sedar akan kepincangan Umno.

Mungkin ramai yang menjangkakan agak mustahil orang kampung di Jelebu untuk menyokong pembangkang. Jangan juga kita lupa benih-benih pergerakan pembangkang sebenarnya telah dimulakan oleh pentadbir Umno. Nampaknya tidak lama lagi cawangan-cawangan Parti Keadilan Rakyat akan wujud di sini.

Tak mustahil juga mungkin akan ada ADUN Umno di sini yang berminat menyertai kebangkitan masyarakat Jelebu. Segala boleh berlaku dalam politik.

Kono kito sodar dan jangan pulak dibuek lupo-lupo...walaupun oghang Jolobu ni jauh dudok di ulu, jiwo totap nak juo berubah.

Speaker hanya boleh ditukar melalui dua cara, letak jawatan atau pembubaran DUN

Zambry Kadir mengatakan speaker baru akan dilantik mengikut peraturan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Jika itu yang akan berlaku, maka tidak mustahillah bahawa Zambry akan berjumpa dengan Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN.

Ini adalah kerana, jika mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak, speaker tidak boleh ditukar melalui undi tak percaya dan tidak boleh dipecat oleh MB.

Jadi, hanya ada satu cara bagi Zambry untuk menukar speaker baru ialah melalui “Pembubaran DUN Negeri Perak”.

Bersedia untuk berpilihanraya”? / aminiskandar.wordpress.com


Krisis Perak: Medan Najib Uji Kekuatan?

Krisis politik yang melanda negeri Perak Darul Ridzuan dengan berlaku peralihan kuasa luar biasa dan tidak demokratik oleh BN telah melahirkan pelbagai persepsi politik. Ada yang memberi persepsi sinis dengan mengandaikan pandangan rakyat telah berubah 50-50 kepada BN dan Pakatan Rakyat yang bermaksudkan BN kononnya telah mendapat ruangnya dikalangan rakyat.

Apakah persepsi itu lahir atas alasan rakyat umum dihidangkan dengan rangkaian berita yang dimanipulasi tentang keburukan kerajaan Pakatan Rakyat Perak setiap hari? Sedar atau tidak, rakyat seluruh generasi telah mual dan bosan dengan manipulasi maklumat sebenar oleh media-media kawalan BN. Generasi muda yang berumur bawah 23 tahun pun sudah pandai menilai krisis politik yang melanda Perak.

Kelihatan manipulator BN masih tidak insaf dan konsisten mendakyahkan minda rakyat dengan maklumat-maklumat palsu. BN telah menggunakan KDN dengan melakukan rampasan lebih 20 ribu naskah Harakah dan Suara Keadilan di sekitar Selangor dan Perak kerana kebimbangan mereka penyebaran fakta sebenar berkenaan krisis politik yang melanda Perak.

Kerajaan "haram" BN Perak dengan pantasnya diuji oleh kuasa Ilahi apabila Pilhanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang akan diadakan pada 7 April 2009 ini. Sejauh mana kekuatan Najib memimpin rampasan kuasa dan penubuhan kerajaan "haram" di Perak akan terbukti melalui pilihanraya itu? Apakah memang benar rakyat Perak menyokong beliau atau secara mutlak menafikannya? Apakah pihak istana akan tersedar daripada mimpi yang rakyat adalah yang sebenarnya berkuasa?

Kita menyakini bahawa seluruh rakyat Perak khususnya di Parlimen Bukit Gantang akan memperlihatkan kuasa rakyat dan sekali lagi membuktikan cara politik BN ditolak sehabis-habisnya. Mungkinkah pilihanraya kecil ini akan mencatat sejarah yang unik? Mungkin juga BN bakal kehilangan deposit? atau majoriti kemenangan calon Pakatan Rakyat bakal melebihi lima ribu undi?

Bersama-samalah kita menjadi rakyat yang bijak dan sedar dengan mendoakan kejayaan pihak yang benar serta terbinanya keadilan untuk seluruh kehidupan rakyat.

Kajian: 97 peratus rakyat Perak mahu DUN dibubarkan

Nyza Ayob
Thu | Feb 12, 09 | 9:36:19 am MYT

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Sebanyak 97 peratus rakyat Perak mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan iaitu sebagai cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka 'meraikan' demokrasi.

Demikian hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.

Abu Hassan menjelaskan, peratusan tersebut yang menunjukkan desakan rakyat Perak yang merupakan natijah gerakan massa rakyat yang merasa tertekan, penghidupan terganggu serta seluruh sistem ekonomi, politik dan sosial yang sudah punah.

"Bagi mereka, rakyat harus bangkit semula memperbetulkan keadaan bagi memberi peluang kepada rakyat memilih tokoh-tokoh politik yang mereka inginkan. Rakyat mengatakan bagi peluang kepada kedua-dua pihak. Jika rakyat memilih salah satu pihak, maka pihak itulah pilihan rakyat Perak. Kata mereka, sebagaimana sebuah acara kematian, begitulah acara demokrasi.

"Dun Perak sekarang ini dianggap sebagai telah 'mati'. Kedua-dua pihak mempunyai ruang dan juga tanggungjawab untuk mempertahankan apa keadaan sekalipun. Sebagaimana dilihat pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan, maka sekaligus SPR menggunakan ruang pilihan raya ini untuk mengadakan pilihan raya di seluruh negeri Perak dengan andaian kedudukan Dewan Undangan Negeri adalah tidak sah,"katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily baru-baru ini.

Sementara itu beliau berkeyakinan kehadiran media baru yang dikenali sebagai 'kewartawanan sukarelawan' akan terus menjadi medium yang paling berpengaruh dan paling berpengaruh sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Selambau.

Jelasnya media tradisi seperti akhbar merupakan media yang sangat berpihak yang mana hanya bersifat satu sisi dan satu arah.

"Internet adalah media yang tidak berpihak berbanding akhbar. Jika Harakah ia akan melihat daripada sisi PAS, jika Suara KeADILan daripada sisi KeADILan, Utusan Malaysia dan Berita Harian akan melihat daripada sisi Barisan Nasional. Maka bagi rakyat tidak ada medium lain yang mempunyai pelbagai sisi dan tidak berpihak ialah media baru iaitu internet.

" Blog merupakan kewartawanan individu di mana mereka meluah perasaan individu sebagai ahli masyarakat bukan seperti sebuah akhbar yang mempunyai ramai pengarang. Jika ada 5,000 blog rakyat di Perak, mereka dapat membaca 5,000 blog daripada sisi orang Perak. Ini berbeza dengan media sekular yang satu arah," tegasnya.

Sehubungan itu beliau tidak meragui bahawa media baru ini akan menguasai aliran informasi sehingga ke skala 86 peratus yang akan menguasai dan membentuk pilihan raya di kedua-dua Dun dan Parlimen itu.

PKR Komited Pertahankan Rukunegara

RUKUNEGARA
-
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
-
Prinsip Rukunegara ini adalah asas pegangan seluruh rakyat yang mengaku diri mereka sebagai warganegara Malaysia. Tidak ada mana-mana warganegara yang harus mempertikai atau ingkar dengan prinsip ini. Melanggar prinsip ini bermakna menyanggah kehidupan kenegaraan yang merupakan asas ke arah keharmonian keamanan dan kesejahteraan rakyat keseluruhan.
-
Kekecohan yang berlaku akhir-akhir ini adalah fenomena daripada penyangghan kepada prinsip Rukunegara tersebut. Seluruh tumpuan rakyat terarah ke negeri Perak Darul Ridzuan akibat kekecohan yang berlaku selepas penubuhan kerajaan "haram" yang lahir daripada proses 'kudeta' atau rampasan kuasa yang bertentangan dengan prinsip ketiga Rukunegara.Untuk mempertahankan keluhuran Perlembagaan, memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit nilainya.
-
Para penggubal pelaksana dan mereka yang terlibat dengan perundangan adalah mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan membelai Keluhuran Perlembagaan ini. Hanya dengan terpeliharanya Keluhuran Perlembagaan barulah prinsip kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara dapat dipelihara.Kesetiaan kepada Negara yang Raja menjadi tonggaknya adalah usaha mempertahankan nilai-nilai yang termaktub di dalam sistem kenegaraan.
-
Antara lain dalam sistem itu adalah proses demokrasi yang telah diterima pakai oleh rakyat keseluruhan. Mereka yang menentang demokrasi atau lebih dashyat lagi cuba menubuhkan kerajaan haram adalah mereka yang TIDAK SETIA kepada negara dan MERENDAH-RENDAHKAN martabat Raja atau isntitusi kesultanan. Ia adalah umpama setitik nila yang merosakkan susu sebelanga. Titik hitam ini memberi imej yang cukup buruk terhadap negara pada pandangan dunia luar.
-
Lebih-lebih lagi ia dilakukan oleh mereka yang menggelarkan diri mereka BAKAL PERDANA MENTERI Malaysia. Contoh apakah yang hendak mereka tunjukkan kepada rakyat negara ini apabila mereka mengajar rakyat untuk memcemar kesetiaan kepada raja dan negara? Teladan apakah yang hendak mereka terjemahkan apabila ia mengajar rakyat menggungkapkan "sumpah si Jebat"- Raja Adil Raja Disembah Raja Zalim raja disanggah! Mamak Bendahara telah salah menasihat raja sehingga negeri ditimpa petaka. Bukankah keroh di hilir kerana keroh di hulu? Rakyat tidak akan bertindak kerana prinsip kesopanan dan kesusilaan masih terpahat di jiwa mereka. Tetapi kisah Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun telah memaktubkan piagam rakyat dan raja.
-
Pencacai-pencacai Umno jangan celupar mulut mengatakan penyokong Pakatan Rakyat menyembah bicara derhaka kerana yang mengajar rakyat menderhaka kepada raja adalah bekas Presiden Umno! Lantaran itu, tidak ada seorang pun yang bersuara tatkala Almarhum Tuanku Jaafar yang ketika itu menjadi Yamtuan disaman oleh sebuah bank sedikit masa dulu tetapi kini sibuk membakar semangat perkauman dengan mengapi-apikan kenyataan Karpal Singh ingin menyaman Kebawah Duli Sultan Perak.
-
Keluhuran Perlembagaan adalah hasil daripada Kedaulatan Undang-undang dan Kedaulatan Raja-raja adalah manifestasi daripada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang tersebut. Itulah sebabnya orang tua-tua menasihatkan supaya kebencian orang jangan dicari, kesayangan orang jangan diambil dan jangan menjolok sarang tebuan.
-
Pakatan Rakyat telah menyatakan bahawa Suara Rakyat Suara Keramat. Oleh itu, janganlah dicari-cari kebencian rakyat kerana rakyat telah muak dengan permainan kapitan-kapitan Umno dan Barisan Nasional. Belum pun reda pemilihan mereka di bahagian, di mana mereka berebut kerusi untuk mempertahankan kuasa dan dengan kuasa ini mereka boleh membolot kekayaan sedangkan rakyat tetap hidup menderita. Rakyat tahu mereka menari di atas kesengsaraan rakyat. Rakyat faham mereka menubuhkan kerajaan haram untuk menambah wang haram bagi kepentingan mereka. Mereka mengheret raja-raja dalam pelbagai cara supaya mereka mencapai tujuan jahat mereka.
-
Mereka menjadikan Michevelli sebagai guru. Kini sekali lagi, Umno menjatuhkan martabat raja dan mengajar rakyat mengungkap sumpah si Jebat. Dalam kelembutan rakyat yang penuh Kesusilaan dan Kesopanan, Hang Najib "menyelam teras terendam".Justeru itu, orang-orang Umno dan BN mestilah belajar memahami Rukunegara sebelum berbicara tentang sembah derhaka.Merekalah yang membunuh imuniti Raja-raja. Merekalah yang menggunting dalam lipatan. Merekalah api di dalam sekam. Oleh itu, jika mereka hendak berpencak, berpencaklah di gelanggang terbuka. Bubarkan dewan dan biarkan rakyat membuat pilhan mereka. Jangan berselindung di sebalik bayang Raja-raja kerana rakyat lebih mengenal yang mana manikam yang mana permata!
-
BIRO PENERANGAN PKR NEGERI SEMBILAN

ANALISIS: KEJATUHAN PAKATAN RAKYAT KESAN POLITIK MASA DEPAN UMNO?

Dengan terlantiknya Menteri Besar baru di Perak semalam, UMNO kini mendapat semula kuasanya yang hilang selama 11 bulan apabila rakyat menafikan kuasa itu pada Pilihanraya Umum 8 Mac 2008. Soal kuasa itu sah atau sebaliknya, hakikatnya UMNO yang mengemudi kerajaan Perak selepas ini. Kejayaan UMNO kembali semula berkuasa menerusi apa yang disifatkan satu 'Rampas Kuasa' siang hari itu benar-benar mengembira & melegakan UMNO khasnya bakal PM, Najib. Dengan apa yang berlaku bolehlah UMNO menuntut & mengatakan bahawa parti itu mendapat sokongan Melayu & memulihkan semula kedudukan parti berkenaan. UMNO boleh mendabit dada kononnya parti itu sebenarnya yang diingini oleh orang Melayu Perak. UMNO juga boleh berangan-angan mengatakan parti merekalah dipercayai rakyat seluruhnya. Atau UMNO juga boleh mengakui partinya turut sama direstui Istana apabila Sultan Azlan Shah bersetuju melantik MB & tidak bersetuju membubarkan DUN Perak seperti mana diminta oleh Pakatan Rakyat.
-
Apapun UMNO tidak perlu peduli. Restu dari Istana adalah penting dalam konteks politik negara ini. Samada tindakan Istana itu betul atau sebaliknya itu soal lain. UMNO menampakkan kuasa yang mereka perolehi itu betul dengan mencari tukang-tukang untuk mencanangkan tindakan itu betul & tepat. Banyak tukang-tukang demikian yang boleh diupah atau diberikan imbunan pangkat & kedudukan. Tukang-tukang itu boleh menjustifikasikan atas berbagai nama; budibicara, kebijaksanaan atau pandangan jauh Sultan.
-
Adat & kepercayaan kolot orang Melayu meletakkan apa juga yang dilakukan Sultan itu betul walaupun kesalahan dilakukan itu kadang-kadang terang benderang, atau kadang-kadang pada satu masa dulu kita sendari menetangnya & menyokong balik atau menyetujui bila ia memberi keuntungan kepada kita. Buku-buku sejarah mengenai kekejaman Sultan atau Raja-Raja banyak tersimpan di arkib. Kita boleh membacanya untuk mengetahui sifat-sifat ini yang dipakai dari kalangan Raja-Raja Melayu, Inggeris, atau Raja-Raja apa jenis dan bangsa saja dari seluruh dunia.
-
Kononnya, dari semangat Melayu, sesiapa pun gembira dengan terbentuknya kerajaan Perak yang dianggotai oleh Melayu total di Perak itu. Hanya bangsa yang tidak suka kepada bangsanya sendiri saja kalau tidak suka bangsanya menjadi kerajaan. Hanya Melayu yang hilang rupa diri & akal budi saja tidak menyokong Melayu. Bagaimana pun bila ada yang mempertikaikan perlantikan atau pertukaran kerajaan itu ialah dari segi teknikalnya yang dikira sangat menjijikkan & tidak adil?
-
Dengan terlantiknya Zambry Abdul Kadir itu orang Melayu Perak kini tidak perlu bimbang lagi mengenai keselamatan mereka. Hak-hak Melayu, kepentingan Islam pasti akan terbela dengan utuhnya. Soal tanah rizeb Melayu pasti akan terjaga dengan eloknya. Projek atau kontrak kerajaan tidak akan jatuh ke tangan Cina lagi. Begitu juga dengan kawasan balak tidak lagi jatuh ke tangan Cina. Semuanya akan dapat kepada Melayu kerana kerajaan MB yang ada kini bukan lagi menjadi boneka kepada mana-mana Cina. Mungkin dalam masa sesegeranya juga Zambry akan memansuhkan semula polisi Pakatan Rakyat yang memberi gerak tanah milik kekal kepada penduduk kampung baru seperti mana pantasnya tindakan UMNO sebelum ini mempertikaikan pemberian itu.
-
Dari satu segi itulah yang dapat dilihat & dirasai terhadap perubahan drastik yang berlaku di Perak. Memang UMNO boleh bergembira & orang Melayu boleh membuat kenduri kesyukuran dengan menyembelih unta atau gajah.
-
Tetapi dari sudut lain kemelut politik yang membawa perubahan kepada kerajaan itu meninggalkan kesan yang menakutkan untuk masa depan medan politik negara ini & inilah yang menjadi masalah baru kepada UMNO & BN.
-
Kejadian di Perak itu membuka kepada dimensi hubungan atau perpaduan politik negara ini tidak baik. Mungkin kerana terlalu gembira orang Melayu UMNO tidak sedar bahawa di sebalik kemeriah & sorak sorai Melayu UMNO itu ada pihak lain yang kecewa. Hakikatnya kejayaan UMNO itu dirayakan oleh Melayu UMNO saja tetapi tidak oleh Melayu lain & kaum lain. Apakah situasi ini disedari oleh UMNO?
-
Realiti ini jelas sehingga semalam saya belum terbaca ulasan & juga mendengar komen daripada pemimpin Cina dalam Gerakan atau MCA berhubung kejayaan UMNO itu. Apakah mereka tidak ditanya atau mereka enggan mengulas atas kepentingan politik? Yang ada memberi ulasan menggambarkan mereka suka dengan apa yang berlaku itu hanya orang-orang Cina marhaen sahaja.
Apakah sikap senyap & membisu mereka itu menandakan mereka marah? Mereka tidak setuju kerajaan Perak yang didominasi kaum Cina (DAP) dijatuhkan? Ini perkara yang sepatutnya diberi perhatian oleh UMNO di sebalik sorak sorai itu. Jelas apa yang berlaku dan dilakukan itu menyakiti orang Cina. Orang Cina beranggapan seolah mereka tidak perlu diberikan peluang menjadi kerajaan menurut perlembagaan yang ada & perlu ditumbangkan. Dalam hal ini mereka tidak mengira siapa Cina yang menguasi kerajaan Perak itu, MCA, Gerakan, DAP atau PKR? Tetapi orang Cina pasti merasa bangga kerana rakan mereka dalam DAP dapat menguasai sebuah kerajaan negeri.
-
Apa yang dibayangkan oleh Mahathir seperti yang berlaku di Perak itu memberi kesulitan atau keburukan kepada BN khususnya UMNO pada Pilihanraya Umum ke 13 adalah tepat. Dapat diselami kata-kata Mahathir itu bahawa dengan apa yang berlaku orang Cina akan membenci UMNO atau sokongan orang Cina kepada UMNO/BN makin merosot. Mahathir boleh berkata begitu kerana beliau faham & ada pengalaman dengan sikap politik orang Cina. Mahathir pernah kalah tahun 1969 di Kota Star disebabkan orang Cina tidak mengundinya hanya disebabkan beliau berkata beliau tidak perlu undi Cina. Sejarah dialami Mahathir itu seharusnya dijadikan iktibar kepada Melayu UMNO.
-
Disebabkan keintiman masyarakat Cina itu begitu kental kesan atau rasa sakit hati orang Cina itu bukan saja di Perak tetapi di seluruh Malaysia. Ia tidak boleh bendung daripada menjalar di negeri-negeri lain juga. Sudah pasti Cina di Pulau Pinang akan melepas marah & dendam dengan apa yang berlaku di Perak itu dengan memberi sokongan pada kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Begitu juga halnya di Negeri Sembilan..
-
Pada saya ini sangat bahaya bagi UMNO. Politik rakus & tidak menghormati hak orang lain & mencerminkan ketamakan kuasa memberi kesan buruk & kegembiraan sekejap saja. Dari segi politik jangka panjang apa yang dilakukan UMNO itu tidak bijak. Kesan daripada tindakan ini ialah kepada Najib Razak. Kerakusan Najib itu akan dilihat sebagai itulah stail & pendekatan Najib apabila beliau menjadi PM kelak. Dalam hal ini Najib untung dalam mengambil hati orang Melayu untuk mendokong beliau sebagai PM tetapi pada masa sama beliau telah mengguriskan hati orang Cina dengan apa yang berlaku itu.
-
Memerhati perkembangan yang berlaku hari ini saya tidak tergamak untuk mengatakan kemungkinan dengan apa yang berlaku ini menyebabkan MCA & Gerakan atau parti-parti Cina di Sabah dan Sarawak & seluruh orang Cina sedang membuat 'homework' baru dalam hubungan politik mereka dengan UMNO. Tragedi 'Rampasan Kuasa' di Perak yang berlindung di Istana itu boleh menyebabkan kaum Cina menyemak balik persefahaman politik mereka dengan UMNO.
-
Di sini terlalu awal untuk mengatakan mereka akan membuat reform politik besar-besaran dengan memberi sokongan kepada PKR & PAS bagi menyertai rakan mereka DAP dalam Pakatan Rakyat itu tetapi kemungkinan itu tidak mustahil. Jadi UMNO perlu insaf & sedar hal ini kalau tidak kejayaan di Perak itu bukan memberi satu kegembiraan tetapi akan menganugerahkan kesedihan berpanjangan kepada UMNO/BN khususnya dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Kenapa Zionisme muncul dalam fikrah Melayu?

Hishamuddin Rais | Jan 22, 09 6:20pm
Sewaktu saya menulis artikel ini, Kuala Terengganu telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ketika saya menulis, warga Palestin di Gaza masih lagi digodam. Ketika saya menulis, masih ramai lagi warganegara kita ini kurang faham tentang apakah itu Zionisme.

Zionisme ini satu pandangan politik. Zionisme bukan orang Yahudi tetapi pengasas Zionisme memang seorang Yahudi. Hari ini Zionisme bukan lagi milik eksklusif orang Yahudi. Zionisme yang wujud dan sedang menggodam rakyat Palestin ini majoritinya didukung hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.

Agama Yahudi ialah Judaism. Kitab suci agama ini adalah Torah. Rumah sembahyang penganut agama ini dipanggil synagogue. Kepala agama mereka dipanggil rabbai. Maklumat ini mungkin semua telah diketahui umum.

Wajib juga diketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionisme. Di Isreal sendiri ada kumpulan penganut Judaisme yang menentang keras fahaman Zionisme. Mereka menolak masuknya fahaman Zionisme ini ke Palestin.

Untuk kumpulan ini, mereka percaya bahawa fahaman atau ideologi Zionisme telah membawa porak-peranda dan kesengsaraan terhadap orang-orang Yahudi di seluruh dunia dan juga kesengsaraan yang tidak terhingga kepada warga Palestin.

Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad, presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel.

Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestin. Mereka juga menentang Zionisme bermatian-matian.

Perkembangan ini menjadi satu bukti bahawa Zionisme bukan ajaran Judaisme. Zionisme adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaisme.

Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisme. Noam Chomsky seorang daripada mereka. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel.

Albert Einstein ahli sains yang menemui teori e=mc2 seorang lagi Yahudi yang anti-Zionisme.

Di Israel sendiri, ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman tersebut. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionisme.

Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nuklear Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan diculik dari London untuk dibawa pulang ke Israel.

Kerana membocorkan rashia 'bom nukelar' Israel dan memberi amaran kepada dunia tentang bahayanya Zionisme, Vanunu telah dipenjara selama 20 tahun sejak 1986. Selama 18 tahun Vanunu dikurung bersendirian. Apabila dibebaskan, Vanunu terus ditahan lagi. Hingga ke hari ini Vanunu tidak boleh keluar meninggalkan Israel.

Pada ketika saya menulis ini, berpuluh-puluh anak muda Israel yang sedang dipenjara kerana tidak mahu mengangkat senjata membunuh warga Arab Palestin. Juga terdapat beratus-ratus anak muda dan warga Israel telah lari meninggalkan negara itu kerana menentang perang dan keganasan daulah Israel.

Semua ini bukti bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis. Bukan semua Yahudi menyokong Israel.

Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga Malaysia menganggap konflik Palestin-Israel sebagai konflik agama, terutama di kalangan Melayu. Pandangan ini salah. Konflik di Palestin bukan konflik agama. Konflik ini konflik hak milik bumi tanah Palestin. Ia lahir kerana bumi Palestin telah dirampas oleh penganut fahaman Zionisme untuk mendirikan apa yang kini dipanggil Israel.

Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – umumnya konflik Arab-Israel – bukan konflik antara penganut Islam dengan penganut Yahudi.

Wajib diketahui ada hampir 10 peratus warga Palestin beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada 1980-an sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestin-Israel ialah seorang Kristian. Edward Said intelektual bertaraf dunia itu seorang Kristian.

George Habaash pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine beragama Kristian. Kristian di Palestin adalah Kristian yang berasal-usul dari susur galur pengikut Isa kerana nabi itu dilahirkan di Nazareth, Palestin.

Betul, agama dilihat memainkan peranan penting tetapi yang diperjuangkan ialah menuntut kembali bumi Palestin yang telah dirompak dan dirampas oleh penganut Zionisme. Tanah air Palestin yang telah dirampas ini melahirkan nasionalisme Palestin.
Semangat nasionalisme inilah yang membolehkan rakyat Palestin terus berjuang bermati-matian menentang bala tentera yang terbesar di Timur Tengah.

Kita wajib memahami dengan lebih mendalam tentang apa itu Zionisme. Fahaman ini percaya kepada satu bangsa – Yahudi. Hanya bangsa Yahudi sahaja yang terpilih. Yahudi sahaja yang ada hak keistemewaan di Israel.

Bangsa-bangsa lain diangggap bangsa kelas kedua. Agama orang lain salah. Kitab suci agama mereka sahaja yang betul. Kitab suci agama lain dianggap menyeleweng. Hanya agama mereka sahaja yang dipilih oleh Yang Maha Esa. Justeru, di sini jelas bahawa Zionisme ialah satu fahaman rasis.

Apa yang kita lihat di Gaza dan Tebing Barat hari ini adalah manifestasi daripada fahaman ini. Keganasan yang wujud di Palestin adalah hasil daripada falsafah rasis Zionisme. Merompak tanah-tanah warga Palestin, menghalau mereka keluar dari tanah air mereka juga manifestasi dari fahaman rasis ini.

Kita dikatakan hanya dapat memberikan bantuan ubatan-ubatan, wang ringgit, makanan atau menerima warga Palestin datang ke negara kita untuk belajar atau menetap. Semua ini betul. Semua ini amat-amat dihargai. Semua ini adalah kerja baik yang wajib diteruskan.

Tetapi saya menolak pandangan yang mengatakan bahawa kita tidak dapat membuat apa-apa lagi untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Pasti ada lebih daripada ini yang dapat kita sama-sama lakukan.

Pada hari ini bukan susah untuk kita memahami bahawa pendukung unggul fahaman Zionisme dan Israel ialah Amerika Syarikat. Ini bukan kerana adanya Yahudi di New York atau California. Zionisme wujud kukuh di Amerika kerana kepentingan ekonomi Amerika pada ketika ini berjalan selari dengan kepentingan Zionisme dan Israel.

Bukan sahaja Zionis Israel mendapat sokongan kuat dari Amerika, malah Kesatuan Eropah – Perancis, Jerman, Itali – semuanya menyokong Israel. Ini bukan kerana mereka cintakan Yahudi atau benci kepada Palestin – TIDAK. Mereka menyokong Israel kerana kepentingan ekonomi mereka.

Ekonomilah yang menjadi asas kepada fahaman Zionisme ini. Pemodal–pemodal global melihat bahawa Zionisme dapat membantu mereka meneruskan dan mengembangkan modal mereka. Kaum pemodal antarabangsa melihat fahaman Zionisme ini sedang memberikan keuntungan melimpah ruah.

Industri persenjataan dunia bergantung kepada perang. Dengan wujudnya perang atau konflik yang berkemungkinan membawa perang adalah cuaca dan suasana yang amat baik untuk pembuat dan peniaga senjata antarabangsa.

Israel yang sedang memporakperandakan Timur Tengah adalah pemangkin perang.

Lihat bagaimana Amerika menjual dan membekal senjata kepada Isreal - ia menakut-nakutkan negara-negara Arab. Suasana takut ini memberi peluang kepada Amerika untuk menjual senjata kepada Mesir, Jordan dan Arab Saudi.

Negara-negara ini tidak ada bezanya dengan Zionis Israel. Mereka tidak berani secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel – takut kepada rakyat mereka sendiri. Tetapi perangai dan tingkah laku terhadap warga mereka tidak jauh berbeza daripada apa yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestin.

Apabila kita telah memahami semua ini, saya rasa kita akan dapat melakuan lebih daripada apa yang sedang kita lakukan hari ini. Ada satu perkara yang dapat kita lakukan bersama yang pasti akan memberikan tamparan maut kepada Zionisme. Pekara ini ialah menentang sifat dan fahaman Zionisme di mana sahaja ia muncul dan bertapak.

Zionisme pada ketika ini bukan lagi bergerak di Israel atau di Palestin sahaja. Zionisme telah menjadi fahaman yang meluas dan telah melintasi sempadan Israel. Jika sesiapa memiliki ciri-ciri fahaman rasis yang telah dinyatakan tadi bermakna mereka juga pendukung Zionisme. Zionisme ialah kezaliman.

Di sini ingin saya nyatakan bahawa kita tidak perlu ke Palestin untuk menentang kezaliman. Apa yang perlu kita lakukan ialah menentang kezaliman dan kejahatan di mana sahaja ia berada, termasuk dalam negara kita sendiri. Zionisme tidak memiliki sempadan.

Tetapi, saya agak kecewa apabila melihat orang Melayu berlumba-lumba bangun menentang Isreal yang zalim. Mereka bertempik marah apabila rumah diruntuhkan di Hebron. Tetapi mereka tidak bersuara apabila rumah diruntuhkan di Kampong Berembang atau di Plentong atau di Chubadak.

Orang Melayu marah apabila masjid diroboh di Jenin tetapi orang Melayu tidak marah apabila melihat gereja Orang Asli diruntuhkan di Gua Musang.

Orang Melayu keluar berdemonstrasi kerana tanah rakyat Palestin dirampas tetapi mereka tidak pula bersuara apabila tanah-tanah Orang Penan dirampas. Mereka tidak pula bersuara apabila tanah adat di Sarawak satu demi satu dirampas oleh pemodal antarabangsa.

Hairan. Di mana silapnya fikrah Melayu ini? Kenapa bangsa Melayu memiliki nilai yang setengah jalan? Di mana akal fikrah mereka terputus?

Kalau di Palestin mereka yakin rakyat di sana sedang dizalami, kenapa apabila orang Penan dizalimi hati mereka tidak tergerak untuk membantu?

Apakah mereka tidak memahami bahawa kezaliman dan kejahatan itu tidak berbangsa dan tidak beragama? Kebaikan dan keadilan juga tidak berbangsa dan beragama.

Orang Melayu tidak dapat menerima Ketuanan Yahudi tetapi bagaimana orang Melayu yang sama dapat pula menerima Ketuanan Melayu? Di mana songsangnya fikrah Melayu ini? Apakah mereka telah terputus nilai kemanusiaannya?

Justeru sesudah membaca tulisan ini, marilah kita bersama-sama meneliti dan menilai kembali nilai Melayu kita. Apakah kita benar-benar faham tentang kezaliman dan keadilan.

Atau kita hanya menjadi pak turut – ber-Gaza ke hulu ber-Gaza ke hilir. Orang bercakap hal Gaza, maka kita pun bercakap hal Gaza tanpa kita melihat ke dalam hati nurani kita sendiri.

Anwar tempelak PM 'kongkalikong'

PKR menempelak perdana menteri yang mengalu-alukan penyertaan dua exco kerajaan Perak bersama BN dengan alasan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menganggap usaha lompat parti sebagai "tidak bermoral."

"Perdana menteri kongkalikong mengalu-alukan kehadiran mereka ke dalam Umno walhal beliau dan kelompoknya membebel soal tidak bermoralnya langkah tersebut," kata penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ketua pembangkang juga menyifatkan kehilangan beberapa hari dua wakil rakyatnya itu Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu dalam usaha menyertai BN sebagai "menggerunkan" kerana penggerak utamanya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Apakah lompatan terbaru melibatkan sogokan wang dan ugutan pendakwaan rasuah yang terdahulu?

"Najib perlu menjawab kerana penglibatan beliau memujuk kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) tersebut," kata Anwar lagi di blognya sebentar tadi.

Beliau mengadakan pertemuan dengan baki semua enam wakil rakyat PKR Perak termasuk Adun Bota, Datuk Nasaruddin yang melompat menyertai parti itu pada 25 Januari.

"Sikap dan pendirian tegas mereka dihargai," katanya.

Anwar berkata beliau telah menjangka "tindakan lebih ganas" oleh pimpinan Umno terhadap Pakatan Rakyat dalam ucapannya di Terengganu menyambut kemenangan calon PAS Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut pertengahan bulan ini.

"Jika ikhlas dan benar pendirian mereka, mengapa harus menghilangkan diri? Bezakan dengan pendirian Nasha di Bota!" katanya lagi.

Lompat Parti: Kembali bersemarak...

Isu lompat parti kini kembali menghangatkan senario politik negara. Berita Adun Bota, Dato' Nasaruddin Hashim yang telah menyertai PKR pada hujung minggu lepas telah mengemparkan kepimpinan Umno. Dato' Nasaruddin juga turut mengisytihar keluar dari Umno.

Gelombang peralihan kembali bergelora setelah reda beberapa bulan lalu. Kepimpinan BN Negeri Sembilan terutamanya Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Hasan telah mengadakan satu mesyuarat khas dengan semua Adun BN dan telah memberi amaran supaya tidak melompat keluar dari BN.

Memang benar khabar Adun BN di Negeri Sembilan akan melompat keluar dari BN telah bertiup kencang. Seiring dengan kemasukan Adun Bota ke dalam PKR, aura perubahan itu kembali menghangat. Apakah mungkin kerajaan negeri di negeri Adat Perpatih ini akan berubah tampuk pemerintahan dalam masa terdekat ini? Persoalan ini sedang diperkatakan dan dibincangkan oleh semua penganalisis politik, peramal-peramal politik dan ahli-ahli politik juga dengan pelbagai perspektif andaian yang berkemungkinan.

Siapakah mereka itu? Hanya masa dan saatnya akan mendatang menzahirkannya. Namun, kepastian itu ada bukan mustahil. Jika tidak, takkan Dato' Seri Mohammad Hasan turut melatah terbias dengan isu ini.

Harapan baru untuk semua dengan "muncul"nya kerajaan baru di Negeri Sembilan...

PELANCARAN GERAKAN MANSUHKAN PPSMI (GMP)

Bersempena dengan program khas Pelancaran Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang akan berlangsung pada hari Sabtu 31 Januari 2009, pada jam 3.00 petang bertempat di Dataran Kompleks Membeli-Belah SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semua rakyat digesa hadir menyokong para tokoh bahasa dan pemimpin Pakatan Rakyat agar menyampaikan bantahan kepada kerajaan BN.

Perhimpunan ini bakal menyaksikan penglibatan tokoh-tokoh berwibawa yang mewakili institusi bahasa, akademik, profesional serta parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Antara yang dijangka hadir adalah Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof. Dr. Shahrin Md Zain, Prof. Abdullah Hassan, Ainon Mohd., Hasni Abas, Suhaizan Kayat, parti PAS dengan Dr. Nasharuddin Md. Isa, Mohd. Sabu bersama Pemuda PAS diketuai Salehuddin Ayub, manakala PKR dengan peneraju utama Shamsul Iskandar Md. Akin (Ketua AMK Pusat) bersama jentera padu AMK khususnya dari Wilayah Persekutuan dan Selangor dan disokong oleh ahli MPT PKR Tian Chua dan lain-lain.

Penggerak utama bagi Parti KeADILan Rakyat, Angkatan Muda KeADILan (AMK) menyeru agar semua lapisan rakyat Malaysia agar turut sama berhimpun sebagai simbol teguh menyatakan bantahan terhadap dasar kerajaan yang ternyata gagal ini, dan juga protes pada semua permasalahan isu PPSMI yang telah lama berlarutan dan telah mengakibatkan pelbagai masalah melanda prestasi pembelajaran para pelajar sekolah dan lanskap akademik negara.

Sidang media besar-besaran dan penghebahan pelbagai inisiatif program dan gerakkerja lanjutan bersama para pendesak GMP dijangka akan dilakukan pada hari tersebut. Semua ini adalah dalam tuntutan ke arah Himpunan 100 ribu Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang dijangka diadakan 7 Mac depan.


ROZAN AZEN MAT RASIP
KETUA AMK BATU
NAIB KETUA AMK W/P
012 657 7878

Perbicaraan lafaz cerai anak Rais 3 Februari

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam menetapkan 3 dan 4 Februari ini sebagai tarikh perbicaraan pengesahan lafaz cerai Dino Rais, 30, anak Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim terhadap isterinya, Riza Ainurin Ramlan, 24.

Hakim Syarie Mohd Yunos Mohamad Zin menetapkan tarikh itu bagi mendengar keterangan daripada saksi kedua-kedua pihak.

Sebelum itu, Dino yang tidak diwakili peguam, memberitahu mahkamah bahawa dia telah melafazkan cerai terhadap Riza Ainurin sebanyak dua kali iaitu pada 12 November dan 25 November 2008, di rumah bapa saudara Riza Ainurin.

Katanya kali pertama ia diungkapkan secara lisan manakala kali kedua melalui SMS.

Riza Ainurin, yang diwakili peguam syarie Roslizam Rahim, berkata dia tidak mendengar lafaz cerai kali pertama suaminya itu tetapi mengakui menerima SMS cerai pada 25 November.

Dino, seorang perunding teknologi maklumat berkahwin dengan Riza Ainurin pada 10 November 2007 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki. - BERNAMA