PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBOK

Pada 21 Ogos 2010 yang lalu telah diadakan satu program iaitu "Program Memasak Bubur Lambok" diantara PKR Jelebu bersama penduduk Felda Pasoh sempena bulan Ramadhan. Seramai hampir 30 orang telah melibatkan diri dalam program tersebut dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran kesemua Pucuk Pimpinan Keadilan Jelebu. Program gotong-royong ini bermula seawal jam 10 pagi dan sebanyak 600 bungkus bubur telah diedarkan kepada penduduk Felda Pasoh 1 dan 4.


Kaum ibu yang bergotong-royong menyiapkan kuih-muih dan makanan untuk berbuka puasa


Bubur siap dimasak dan semua orang berehat sambil menunggu bubur sejuk.






Aktiviti gotong-royong diteruskan dengan mengisi bubur ke dalam bekas.