Calon Dun Pertang PRU 8 Mac 2008


Saudara Halim A. Aziz (gambar) merupakan calon Parti Keadilan Rakyat yang bertanding di DUN Pertang (N02) untuk Pilihanraya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu.

Beliau telah menentang calon BN iaitu Dato' Razak Mansor. Dalam pertandingan kali ini, calon BN ini telah memenangi kerusi DUN Pertang dengan majoriti 1995 undi.

Dato' Razak Mansor telah memperolehi undi sebanyak 3887 undi manakala Saudara Halim mendapat 1892 undi.

Ini adalah percubaan pertama Saudara Halim bertanding di DUN Pertang.

Beliau merupakan Ketua AMK Negeri dan juga Ketua AMK Bahagian Jempol. Beliau juga merupakan satu-satunya calon bagi PKR yang bertanding untuk DUN di Parlimen Jelebu.

0 comments: