Pada malam selepas berakhirnya program memasak dan mengagihkan bubur lambok, telah diadakan pula Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk serta ahli qariah masjid Felda Pasoh. Selain bubur lambok, hadirin juga dihidangkan dengan juadah kuih-muih seperti koci dan donut selain lauk-pauk seperti ayam goreng, tempoyak dan lain-lain juadah yang menyelerakan. Sebelum mengakhiri malam tersebut, PKR Jelebu telah bermurah hati memberikan sedikit sumbangan kepada golongan Ibu Tunggal yang kurang berkemampuan.
Kanak-kanak juga tidak ketinggalan menghadiri majlis dan berbuka puasa bersama.
0 comments:
Post a Comment